SMS dari kawan aku pagi ni buat aku sedar something. Entry blog aku tak sehebat dulu... (Waaah! Puji diri sendiri ala-ala Anita Sarawak ni!).
Well, actually aku subconsciously sedar, cuma sms tu adalah seperti wake-up call la. Boleh terima ke? Dan SMS tu jugak buat aku terfikir, kemana hilang kreativiti aku menulis blog dulu?
Bila aku bukak balik blog lama aku, kebanyakan entry aku adalah di-derive (derive bahasa melayu apa weih? tolong jangan quote buku SPM Add Math) oleh kejadian semasa relevan dengan entry tersebut. Contohnya, bila aku tulis kenapa PETRONAS tak bersalah dalam kenaikan harga minyak, itu kerana orang sekeliling aku asyik tanya, "Kenapa PETRONAS tak jaga harga minyak betul-betul?'.
Atau bila aku buat entry dengan bahasa yang hancur lebur, itu kerana aku baru baca blog yang penuh perasan cas-cas omputih.
Jadi, sekarang ni, bila tiada entry, adakah maksudnya tiada benda yang menarik berlaku dalam hidup aku? Adakah? Ataupun aku takde idea nak buat lawak apa dah?
Anyway, sebut pasal lawak kan, aku heran macam mana orang boleh buat pertandingan membuat lawak. Ye la, I'm talking about raja lawak. Tambahan lagi bila pelawak (??) itu ialah...
... Amir.
Which is why aku tak pernah menonton sekali pun raja lawak itu. Tertengok sebab orang dah bukak tu, pernah la.
1 comment:
Aku tengok je.Hahaha. Mengisi masa lapang.
Post a Comment